peminat2 motosikal retro,tabahkan hati anda,untuk memperbaiki motosikal kesayangan anda.
Sunday, 28 August 2011
Tuesday, 23 August 2011
‘laluan maut’
JPJ kenal pasti 13 laluan maut
2011/08/24
JOHOR BAHRU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengenal pasti
sekurang-kurangnya 13 laluan sebagai ‘jalan maut’ di negeri ini yang
perlu menjadi ingatan kepada semua pemandu untuk lebih berhati-hati
ketika melaluinya, berikutan kekerapan berlaku kemalangan ngeri terutama
menjelang cuti sekolah atau musim perayaan.
Antara laluan itu Jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi; Kota Tinggi-Pengerang; Johor Bahru-Skudai; Johor Bahru-Pontian; Kota Tinggi-Mersing-Endau; Mersing-Kluang; Skudai-Kulai-Simpang Renggam; Kulai-Kota Tinggi; Pontian-Batu Pahat-Muar; Batu Pahat-Ayer Hitam; Muar-Yong Peng; Muar-Batu Pahat dan Muar-Tangkak.
“Selain memberi tumpuan kepada jalan terbabit, semua anggota JPJ juga akan membuat rondaan di laluan yang mempunyai risiko berlakunya kemalangan jalan raya.
“JPJ berharap semua pengguna jalan raya dapat mematuhi peraturan lalu lintas untuk mengelakkan kemalangan jalan raya dengan meningkatkan kesabaran, lebih berhemah dan berdisiplin ketika memandu kenderaan masing-masing, " katanya di sini, semalam.
Johari berkata, kebanyakan kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu itu sendiri dan mereka perlu memastikan kenderaan masing-masing berada dalam keadaan sempurna sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung.
“Rondaan 24 jam di ‘jalan maut’ itu sudah dimulakan sejak 14 Ogos lalu, membabitkan tempoh dua minggu sebelum dan selepas Aidilfitri bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan lalu lintas.
“Pemandu kenderaan yang dikesan kesalahan lalu lintas akan disaman serta merta oleh anggota penguat kuasa JPJ yang melakukan rondaan pencegahan kemalangan serta mengambil tindakan terhadap kesalahan yang boleh menyumbangkan kepada kemalangan jalan raya, " katanya.
Katanya, Operasi Balik Kampung Aidilfitri 2011 yang dijayakan JPJ dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak 14 Ogos lalu diharap dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering berlaku akibat kecuaian pemandu.
Sehubungan itu, katanya, beliau mengingatkan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar peraturan yang ditetapkan
di petik dari Berita Harian
Monday, 15 August 2011
Hasrat kahwin warga China
Hasrat kahwin warga China terhalang kerana birokrasi.

ABDUL Rahman Abu Talib (kanan) dan
Roslinda Zheng menunjukkan surat pengesahan Imigresen dan surat
permohonan kebenaran bernikah kepada Hassan Rahman di Sungai Rambai,
Jasin, semalam.
JASIN 13 Ogos - Hasrat seorang lelaki tempatan, Abdul Rahman Abu Talib, 24, untuk bernikah dengan seorang wanita warganegara China terhalang kerana masalah birokrasi Kedutaan Besar China di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Menurutnya, kakitangan kedutaan tersebut seperti enggan melayan permohonan bakal isterinya, Zheng Xian atau nama Islamnya, Roslinda Cheng, 25, yang mahu mendapatkan pengesahan permohonan pernah bernikah dan bercerai di China.
Malah katanya, Mahkamah Rendah Syariah Jasin telah mengeluarkan surat memohon kebenaran bernikah bagi Roslinda yang berasal dari Wilayah Fujian untuk urusan wali hakim kepada kedutaan itu pada 10 Ogos lalu dan ia juga tidak dipedulikan oleh pihak terbabit.
''Saya dan bakal isteri telah pergi ke pejabat kedutaan itu pada 4 dan 11 Ogos lalu bagi mendapatkan pengesahan tetapi malangnya tidak dipedulikan walaupun semua dokumen yang diperlukan turut disertakan," katanya kepada Mingguan Malaysia di Kompleks Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Rambai di sini, hari ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman.
Menurut Abdul Rahman yang berasal dari Kampung Parit Penghulu di sini, dokumen yang disertakan ialah surat dari pejabat Imigresen Malaysia yang mengesahkan kemasukan Roslinda ke Malaysia melalui pas lawatan sosial, surat memeluk agama Islam dan surat pengesahan cerai dari pejabat agama Islam Xiamen.
''Saya benar-benar kecewa dengan sikap pihak kedutaan yang tidak memberikan kerjasama. Sepatutnya tidak timbul sebarang masalah untuk kami bernikah," ujarnya.
Sementara itu Hasan berkata, beliau akan bertemu dengan Duta China ke Malaysia, Chai Xi minggu depan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Roslinda dan Abdul Rahman.
''Jika Kedutaan China gagal memberikan kerjasama, mungkin saya terpaksa meminta bantuan Kementerian Luar untuk campur tangan bagi membantu pasangan ini," ujarnya.
DIPETIK DARI ;UTUSAN ONLINE
HOBI GILA-GILA MANUSIA
Manusia pelik Di Dunia, Manusia hantu, Manusia seram, Manusia aneh, Manusia misteri, Manusia berhantu, Manusia menakutkan, Manusia kisah seram, Manusia filem seram, Manusia cerita seram, Manusia cerita, Manusia gambar, Manusia foto, Manusia lagu, Manusia latar belakang, Manusia misteri nusantara, Manusia cacat
Macam-Macam hobi Manusia

Lama rambut
Cina Pu???County, asli daerah kursi Lipu staf perempuan di department store.
Cahaya hitam, panjang di Amerika Serikat pada tahun 1994, memiliki rambut panjang 3,869 meter rambut panjang merupakan Guinness Book of World Records pada tahun 1999, mereka untuk rambut panjang 5,085 meter, mata-openers.

Lagi janggut
Lebih dari 60 tahun desa panjal India kuno kota di barat India?????
3,75 meter untuk menampilkan mereka janggut panjang, mulai dari 38-tahun-potong lagi pada janggut,
Dia telah diterapkan ke Guinness Book of World Records.

Kuku Terpanjang
Salt Lake City, Utah Amerika Serikat 65 tahun wanita dari Jerman, dan Jerman di Mongolia li ? sejak 1979, menolak untuk memotong kuku indah mereka sendiri, sehingga mereka lebih panjang.
Pada tahun 2006, panjang paku pada setiap dia lebih dari 0,84 meter (33 inci), kedua mencapai total panjang fingernails 8,53 meter (28 kaki)
Edmund di mana telah menjadi Guinness World Record for the longest fingernails dalam Manusia

Hidung terbesar di dunia
Turki dari 57 tahun telah membangun sekitar Danau Mehmet Oz ?
Karena yang panjang-panjang 8,8 sentimeter-panjang hidung, secara resmi dinamakan sebagai “telah lama hidung terbesar di dunia manusia” raksasa dan hidung juga telah dimasukkan ke dalam Guinness Book of World Records.

Lagi hidung
Jurang yang????? Emmott 80-tahun dari orang tua yang tinggal di pedesaan Turki. Nya hidung dari usia muda dan tidak sama dengan orang lain. Pengukuran dari orang tua dan menemukan sebuah hidung memiliki panjang 14 cm panjang dan sekarang telah membuat sebuah Guinness Book of World Records lagi hidung.

Manusia yang paling menonjol mata
American Kim Goodman ? exophthalmos membuat matanya 11 millimeters berbeda.
13 Jun 1998, Los Angeles, California di Amerika Serikat “prime time: Guinness Book of World Records” TV show film di tempat matanya diukur.
Kim adalah dia memakai topi es di kepala setelah hit tiba-tiba, untuk pertama kalinya menemukan bahwa dia adalah unik dan mengejutkan beberapa bakat.
Her mata adalah jauh lebih menonjol dari biasanya.
Sejak itu yang menganga sepanjang pembayaran, ia akan ke mata.
by;misteri.bf-1.com
Thursday, 11 August 2011
DUIT PELIK
DUIT PELIK DI TANAH MELAYU (MALAYA/MALAYSIA)

Banyak
rupanya duit yang pelik-pelik yang pernah digunakan di negara kita dulu
macam satu yang saya ada ni. Duit yang berbentuk ikan ni dipercayai
digunakan pada kurun ke-18 di negeri Perak. Apa yang menariknya, dah le
bentuk agak pelik, kegunaan pun tak kurang menarik untuk kita kongsi
bersama.
Pada
kurun ke-18 banyak kawasan bijih timah telah dibuka oleh orang-orang
Cina dan Melayu tempatan. Duit-duit daripada timah ni direka mengikut
bentuk-bentuk tertentu, kalau jenis binatang; antara yang telah
direkodkan adalah bentuk gajah, kura-kura, buaya, ayam, belalang, ikan
dan kambing. Kesemuanya mempunyai berat yang telah ditentukan untuk
tujuan pertukaran tetapi banyak juga duit-duit ni dibuat mengikut "ritual" yang tertentu dengan memasukkan "jampi mentera" semasa pembuatannya.
Pawang-pawang Cina & Melayu zaman tu percaya dengan "ritual"
ni, ianya akan membawa 'keamanan' atau 'kesenangan' kepada pembawa
duit-duit ni. Sejauh mana keberkesanannya, saya tak pasti sebab saya pun
tak lahir lagi zaman tu. Lagipun, di mana-mana negara pun memang ada
golongan yang percaya dengan benda-benda pelik macam ni dan
kadang-kalanya lebih dikenali sebagai tangkal atau "charm" berbanding dari duit. Anda lihat sendiri...dan sendiri nilaikan !
BY:fazilnumismatic.blogspot.com
Wednesday, 10 August 2011
Tuesday, 9 August 2011
XXXL ADA BERANI,,
RESTORAN MANGKUK XXXL
This entry was posted in Uncategorized and tagged MANGKUK BESAR, MKAN PUAS-PUAS, PELIK, SAIZ BESAR, XXXL. Bookmark the permalink.
http://macammacamada.azhaan.cOM
YANG MAKIN PUPUS,,,
Bahulu Cermai

Bahan-bahan ( Dalam 80 biji )
- 10 biji telur gred A
- 380gm gula pasir
- 1 tsp esen ros (kalau suka. Kak ogy omit nih sb nak dapatkan bau ori bahulu)
- 200gm tepung gandum
- 1/4 tsp baking powder
Cara-cara
- Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
- Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
- Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.
- Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
- Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
- Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.
- Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti.



Subscribe to:
Posts (Atom)