Tuesday 19 July 2011

NELAYAN YANG JUJUR

Kisah Seorang Nelayan
Kisah ini diambil dari ustaz ana di pondok Derang. Cerita ini datangnya dari seorang syeikh yang juga guru beliau semasa beliau belajar di India.
Pada suatu hari, ada seorang nelayan yang keluar mencari rezeki di luar. Ikan yang ditunggu-tunggu untuk dibuat santapan untuk dia dan keluarga dia tidak juga masuk ke umpanan dia. Sehingga tiba satu saat, dia berdoa memohon kepada Allah
"Ya Allah, Kau berilah kepadaku walaupun seekor ikan untuk aku dan anak-anak serta isteri ku makan"
Dengan izin Allah, si nelayan tadi ni pun diberi seekor ikan yang besar. Walaupun seekor sahaja tapi dia sangat bersyukur kepada Allah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia terserempak dengan raja dan angkatannya dan raja itu mengarahkan supaya merampas ikan yang ditangkap oleh si nelayan tadi ini. Tanpa rasa belas kasihan, raja itu merampas kerana terlalu suka akan ikan yang besar itu.
Di istana, raja berhajat nak makan ikan yang dirampasnya tadi itu. Dengan izin Allah, tiba-tiba jarinya terkena pada gigi ikan itu. Jarinya berasa sangat sakit tapi mampu untuk menanggung kesakitan itu. Malamnya, raja itu tidak dapat tidur kerana kesakitan yang amat sangat.
Keesokan harinya, raja itu memanggil tabib istana untuk merawat luka dijarinya itu. Tabib itu berkata,
"jari ini perlu dipotong tuanku. jika dibiarkan, kesakitan akan bertambah dan akan merebak ke seluruh badan"
raja itu mengizinkan tabib itu memotong jarinya yang luka itu. Namun, kesakitan yang dialaminya masih belum pulih malah bertambah teruk dengan kesan gigi ikan itu merebak ke seluruh tangan raja itu. Tabib istana berkata kepada sultan supaya memotong tangan raja itu. Raja itu berasa sangsi kerana dia tak mahu memerintah dalam keadaan cacat. Apa guna seorang raja jika tiada kudrat yang cukup bagi seorang manusia.
Dia mengambil masa untuk berfikir sehingga datang idea kepada raja itu untuk berjumpa dengan alim ulama' dalam negeri itu. Raja itu pun pergi berjumpa dengan si alim ini. Dengan mudah si alim ini berkata,
"tuan tak perlu memotong jari mahupun tangan tuan. Tidak akan sembuh walaupun tuan memotong tangan tuan. Tuan hanya perlu pergi meminta maaf kepada nelayan yang tuan rampas ikan darinya"
raja pun mengikut kata-kata si alim tadi dan terus pergi berjumpa dengan si nelayan yang dizaliminya. Si nelayan ni mempunyai hati seperti hati seorang nabi iatu lambat dan susah marahnya dan mudah untuk memaafkan. Si nelayan itu pun memaafkan raja itu. Dengan izin Allah, tangan raja itu sembuh.
Raja itu bertanya kepada si nelayan itu,
"apa yang engkau buat semasa aku merampas ikan dari kamu dulu?"
Si nelayan itu menjawab,
"aku berdoa kepada Allah, Ya Allah raja itu telah menunjukkan kuasanya kepadaku, maka Kau tunjukkanlah kuasa yang ada padaMu kepada raja yang zalim itu"
Allah memakbulkan doa si nelayan itu kerana dalam Al-Quran sudah tetulis bahawa orang yang teranaiya, mintalah apa pun dari Allah kerana Allah berada sangat dekat kepada kamu.
pengajaran
- jangan berlaku zalim kepada orang walaupun kita mempunyai kuasa kerana sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.
-doa orang yang teranaiya akan dimakbulkan Allah.



Waallaualam...

No comments:

Post a Comment