DUIT PELIK DI TANAH MELAYU (MALAYA/MALAYSIA)

Banyak
rupanya duit yang pelik-pelik yang pernah digunakan di negara kita dulu
macam satu yang saya ada ni. Duit yang berbentuk ikan ni dipercayai
digunakan pada kurun ke-18 di negeri Perak. Apa yang menariknya, dah le
bentuk agak pelik, kegunaan pun tak kurang menarik untuk kita kongsi
bersama.
Pada
kurun ke-18 banyak kawasan bijih timah telah dibuka oleh orang-orang
Cina dan Melayu tempatan. Duit-duit daripada timah ni direka mengikut
bentuk-bentuk tertentu, kalau jenis binatang; antara yang telah
direkodkan adalah bentuk gajah, kura-kura, buaya, ayam, belalang, ikan
dan kambing. Kesemuanya mempunyai berat yang telah ditentukan untuk
tujuan pertukaran tetapi banyak juga duit-duit ni dibuat mengikut "ritual" yang tertentu dengan memasukkan "jampi mentera" semasa pembuatannya.
Pawang-pawang Cina & Melayu zaman tu percaya dengan "ritual"
ni, ianya akan membawa 'keamanan' atau 'kesenangan' kepada pembawa
duit-duit ni. Sejauh mana keberkesanannya, saya tak pasti sebab saya pun
tak lahir lagi zaman tu. Lagipun, di mana-mana negara pun memang ada
golongan yang percaya dengan benda-benda pelik macam ni dan
kadang-kalanya lebih dikenali sebagai tangkal atau "charm" berbanding dari duit. Anda lihat sendiri...dan sendiri nilaikan !
BY:fazilnumismatic.blogspot.com
No comments:
Post a Comment