Thursday, March 22, 2007
Permainan Batu Seremban

Batu
Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering
dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak
perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan
secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Cara Bermain
Permainan Gasing

Gasing
popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan.
Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung,
gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing
berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing
pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana
saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.
Cara Bermain Permainan Gasing
Gasing
dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing
uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk
gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya
berpusing.
Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Cara Bermain Permainan Gasing

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Permainan sepak Raga

Permainan
sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu
permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga
menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali
dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu
sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.
Bola
sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat
seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. uh dunia
Cara Bermain
Permainan
ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada
rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan
kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain
lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah
bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke
bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut
ditamatkan.
Permainan Wau
Permainan
wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari
oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke
15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau
dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau
burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala
budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau
bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan
awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan
dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga
menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding
Cara Bermain

Congkak

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".
Cara-cara Bermain Congkak

a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kala
Fadhilat Solat Terawih
Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T
Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman ).
Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.
Malam 4 : Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang² yang membaca kitab² Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat² yang tawaf di Baitul Maâmur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu² dan tanah² mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa² orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Firâaun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap² kejahatan dan keburukkan.
Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 : Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi².
Malam 18 : Seru Malaikat ; âWahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 : Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang² solehin.
Malam 21 : Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap²dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 : Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 : Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.( lebih elok berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 : Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.
Malam 26 : Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.
Malam 28 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.
Malam 29 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman ;
âWahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama âAl-Kautharâ.â
by:rzrretro