Dondang sayang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada:- seorang pemain biola;
- dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan
- seorang pemain tawak (gong kecil).
Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti oleh rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar 5. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta.
Dondang Sayang dipercayai berasal dari Melaka, Malaysia pada zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15.
pewaris masa hadapan
Latihan 20julai2011 di kg Ayer tawar.
JOM SAYANG KITA BERDONDANG... :)
ReplyDeletesayang suka berdendang je...
ReplyDelete